ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed
yang telah aku terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting
dalam dunia fotografi untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah
cantik dan menarik.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan
3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya.
Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.
Jika ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya
matahari, perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) untuk
mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. Sekiranya ingin mengambil
gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, ISO yang tinggi adalah
sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar
yang jelas, tidak terlalu gelap.
Contoh penggunaan ISO dengan betul:
- ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
- ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
- ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
- ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
- ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:

Penggunaan ISO yang rendah dapat mengurangkan 'noise' atau 'grain'
(bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan
menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO rendah. Gambar akan
kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak 'noise'. Jadi untuk
mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO yang rendah.
Sekiranya tempat gelap, digalakkan untuk menggunakan flash. Gambar
dibawah menunjukkan kesan ISO terhadap 'noise' pada gambar.


Jadi, penggunaan ISO yang betul dan sesuai adalah sangat penting dalam
fotografi. Jika tidak, gambar yang dihasilkan tidak cantik, trlalu gelap
atau terlalu banyak noise. ISO juga perlu dikaitkan dengan penggunaan
aperture dan shutter speed yang sesuai.
Aperture dan shutter speed telah
pun aku terangkan sebelum ini. Harap korang dapat fahamkan perkaitan
ketiga-tiga fungsi ini dalam fotografi, barulah gambar yang dihasilkan
menjadi cantik. Sekian untuk kali ini :)
Salam Photografy / Dirman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar